Tuesday, March 11, 2008

PilihanRayaUmum ke 12-Pengajaran

PRU ke 12 telah berlalu , banyak pengajaran dari perubahan yg berlaku dalam senario politik Malaysia

umumnya rakyat malaysia mahukan perubahan terutamanya hasil tidak puas hati dengan kerajaan BN, antaranya:

1. kenaikan harga barangan , tol, petrol, air dan juga elektrik
2. kezaliman pihak BN terhadap rakyat yg protes
3. ketidak adilan media massa yg melaporkan berita berat sebelah (bukan suara rakyat tetapi suara org2 tertentu)
4. jurang yg kaya dgn miskin makin jauh
5. tiada bonus utk kakitangan kerajaan
6. yuran sekolah makin naik

dan pelbagai kelemahan pentadbiran Pak Lah yg lembik dan anak menantu yg rakus.

BN patut malu besar, tewas kepada PKR/PAS/DAP yg merupakan parti yg tiada sumber wang yg kukuh, tiada jentera spt media massa (thanks to ICT), dan pelbagai kelemahan parti kecil berbanding BN yg gah dgn pelbagai aset dan kuasa

tetapi ingatlah KUASA RAKYAT lebih hebat dari KUASA pemimpin BN yg korup dan sombong.

Kita berharap Malaysia baru yg lebih ADIL,TELUS, AMANAH dan CEKAP akan muncul.
Saya menjangkakan kita akan mempunyai Perdana Menteri yg baru tak lama lagi

Saya doakan agar negara kita tetap Aman, Makmur dan Subur!

Wan Hamidi
Seksyen 7, Kota Damansara
Selangor

No comments: