Sunday, October 13, 2013

Hari `Arafah pada 9 Dzulhijjah 1434.  Pada tahun ini, ia jatuh pada 14 Oktober 2013 iaitu hari Isnin ini.
Pada hari tersebut kita disunatkan untuk berpuasa.  Ia khusus kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:


1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.  [baca sini]
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.
Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…

SELAMAT BERAMAL....

Wednesday, August 12, 2009

Cubaan untuk mengaut wang Petronas


Saya ada sembang dgn rakan-rakan yg bekerja di Petronas. Ada cubaan beberapa ahli politik nak masuk Petronas dan ingin mengaut wang syarikat minyak negara.




Awas! Kita mohon ahli-ahli politik supaya tidak mencampuri urusan syarikat PETRONAS kerana ia milik rakyat Malaysia.




Biarlah syarikat Petronas diurus oleh pihak pengurusan yg memang telah terbukti berjaya membawa Petronas ke peta dunia dan menjadi antara syarikat yang paling kukuh dan terbesar di dunia.




Wan Hamidi


12ogos2009

Wednesday, August 5, 2009

Slogan 1Malaysia


6 Ogos 2009

dah lama saya tak menulis di sini. alasan saya mungkin terlalu sibuk dgn bisnes saya.

sekarang ini rakyat Malaysia dah ada PM baru DS Najib. DS mewarwarkan slogan Baru "1Malaysia"

rakyat mungkin dah lupa slogan masa Pak Lah jadi PM. Slogan Islam Hadari, Work with me, hapus rasuah habis-habisan

tak tahu lah saya , agaknya ingin nampak berbeza setiap pemimpin baru keluarkan slogan baru. Memang lah setiap kempen slogan baru kita lihat papan iklan besar di bandar2. Bajet utk promosi slogan baru bukan sedikit....apadahjadi dgn slogan2 terdahulu??

See, who makes money?

Always see and think beyond the frontline news, never absorb 100% truly true.

memoir shamsiah fakeh (arwah)


5Ogos2009

saya kini membaca buku memoir arwah shamsiah fakeh, kita perlu tahu sejarah supaya kita lebih matang dalam pertimbangan dan tindak tanduk harian kita, supaya kita dapat melakarkan masa depan negara kita dengan lebih baik dan lebih jelas.

anak-anak perlu belajar dari sejarah dan mengambil iktibar dari masa yang lalu.

wan hamidi

Saturday, August 23, 2008

Anwar may return to Parliament

Esok 24 Ogos 2008 bakal mencatat sejarah baru Malaysia

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diundi oleh warga Permatang Pauh untuk beliau kembali ke Parlimen

Pelbagai cara telah diguna oleh pihak musuh iaitu UMNO untuk menggagalkan usaha DSAI untuk kembali ke parlimen.

Kita berdoa agar perubahan ke arah lebih baik untuk semua rakyat Malaysia

Good Luck untuk DSAI!!

Wednesday, May 21, 2008

TUN MAHATHIR LAGI...


Tahniah Saya Ucapkan Kepada Tun Dr. Mahathir kerana berani mengambil tindakan keluar dari sebuah parti yg sudah lapuk....UMNO!!


Saya ingat dulu tahun 1998, beliau telah memecat Abang Saya dari UMNO, tetapi kini pula, beliau yg keluar UMNO....


Jika kita lihat trend bekas PM, mereka keluar parti dan kebanyakan dari mereka selepas itu....akhir nya yg pasti.....mati......!!


So saudara2 ingatlah maut pasti datang,


Setiap amalan kita pasti dihisab....


Kita sama-samalah lihat apa yg bakal berlaku kepada senario Politik Malaysia


(saya menjangkakan kita akan dapat PM baru tak lama lagi)

Wednesday, May 14, 2008

Lingam Gate Scandal

now it's up to Pak Lah to decide on what action should be taken against those involve in Lingam Video Tape..

Rakyat are watching u PakLah!!